kelab kereta toyota utara
KELAB KERETA TOYOTA UTARA MALAYSIA  
  SALAM EDITOR
  GUEST BOOK
  FORUM
  PENGENALAN KELKETU
  AKTIVITI KELAB
  GAMBAR AKTIVITI KELAB
  INFO TECH
  VIDEO UNTUK ANDA
  VIDEO MUZIK ANDA
  WEBSITE LINK
  BERITA TERKINI
  KELKETU
INFO TECH
Kereta jimat minyak 

Tertekan dengan harga petrol yang tinggi ? Ingin bertukar kepada gas asli kenderaan (NGV) tetapi modal untuk memasang peralatannya terlalu mahal ? Kini anda mungkin mempunyai pilihan untuk menangani masalah ini kerana sebuah syarikat 100 peratus milik bumiputera telah berjaya mencipta satu alat yang dapat menjimatkan penggunaan petrol antara 29 peratus dan 50 peratus dengan harga yang lebih murah dan saiz yang lebih kecil dari NGV. Alat yang dipanggil Hydrofuel ini dicipta menggunakan teknologi baru hasil penyelidikan yang dijalankan sejak enam tahun lalu. Proses pembakaran bahan api kenderaan kini boleh dilakukan melalui campuran minyak petrol dan gas hidrogen yang dihasilkan daripada air paip. Mungkin agak pelik tetapi ini bermakna selepas ini pengguna tidak perlu lagi menunggu harga minyak diturunkan sebaliknya anda sendiri boleh menjimatkan penggunaan minyak kereta sehingga kembali ke paras asal iaitu RM1.92 seliter atau lebih dengan menggunakan Hydrofuel. Hydrofuel dicipta oleh seorang saintis tempatan, Dr. Halim Ali yang pernah berkhidmat sebagai ketua saintis sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat (AS). Beliau yang juga presiden Syarikat Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd. menghasilkan inovasi tersebut di kilangnya di Bandar Sungai Emas, Banting, Selangor. Beliau membelanjakan hampir RM17 juta untuk membangunkan produk yang dijamin bermutu, ringan, kecil, mudah guna serta mesra alam dan sedia memasuki pasaran dalam tempoh terdekat. Menurut Halim, Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar di mana air akan dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama dengan petrol semasa melalui injektor kereta. Beliau berkata, ia didatangkan dengan pakej sebuah tong air yang mempunyai kapasiti lima liter, satu set canister, satu set komputer (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta Hydrofuel. ‘‘Set canister di bahagian enjin kereta, tong air pula diletakkan di bonet dan ECU pula dipasang pada papan pemuka kereta. ‘‘Penggunaannya amat mudah terutama untuk wanita kerana sebaik sahaja dipasang, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan air di dalam tong lima liter tidak kering dengan hanya melihat pada ECU. ‘‘ECU itu juga berfungsi untuk memberitahu Hydrofuel perlu disenggara,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. Tambahnya, Hydrofuel boleh digunakan oleh semua kereta berkapasiti enjin 2,000cc ke bawah yang menggunakan petrol atau NGV. Bagi kenderaan diesel, katanya, pihaknya sedang menjalankan ujian sebelum ia boleh digunakan. Jelas beliau, pemasangannya tidak akan membatalkan jaminan ke atas kereta malah ia berupaya menjadikan prestasi enjin kereta lebih stabil dan lancar. Kata Halim lagi, Hydrofuel didatangkan dalam dua jenis iaitu Hydrofuel Basic yang dapat menjimatkan petrol sehingga 29 peratus dengan harga RM1,300 dan Hydrogen Advance (RM2,300) yang akan menjimatkan 50 peratus minyak. ‘‘Kedua-dua peralatan ini diberi dua tahun jaminan atau 50,000 kilometer yang mana dahulu, premium insurans, selain jaminan wang dikembalikan jika tidak dapat memberi penjimatan seperti yang diberitahu dalam tempoh sebulan,” ujar beliau. Ditanya mengenai sasaran pasaran Hydrofuel Halim berkata, alat itu sesuai digunakan oleh semua pemilik kereta 2,000cc ke bawah termasuk teksi. Bagi meluaskan pasaran kata beliau, pihaknya kini sedang dalam proses melantik wakil jualan yang akan menjalani latihan khas mengenai kelebihan dan cara-cara memasang system Hydrofuel itu, mulai Julai depan. Tambah beliau, selain Hydrofuel, syarikat itu juga telah menghasilkan satu lagi produk iaitu My Smart Fuel Saver yang boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan sehingga 18 peratus yang akan dipasarkan dengan harga promosi RM399 dalam tempoh terhad sebelum dijual dengan harga sebenar RM499.
PERBEZAAN ROD 20V SILVERTOP.BLACKTOP DAN TODA.
ASSSLAMUALAIKUM  
  SEBARANG MASALAH SILA HUBUNGI
PENEGRUSI-ROHAIMIEY-CIK MIE- 013-4062662
N.PENGERUSI-ISHAK-PAAQ-012-5834294
SETIUSAHA-ZUL-ANGAH-019-5691083
2ND MODERATOR-NORDIN-DEENCEEGU-019-4776047
 
SALAM WARGA KELKETU  
  MAJLIS BERBUKA PUASA DAN LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM AT-TAQWA P.HULU 2011
TEMPAT: TOYOTA CAFE ANGAH
TARIKH : 20.08.2011(CADANGAN)
MASA : 5.00 HINGGA 9.00 MLM
ACARA LAIN : BERGAMBAR KENANGAN DI DATARAN GUNUG INAS............
YURAN ; RM20.00 (CADANGAN)
CABUTAN NO KERETA BERTUAH.......:)))
 
PERINGATAN!!!  
  KPD SEMUA AHLI KELAB..SILA EMAILKAN GAMBAR ANDA BERUKURAN PASPORT KE deen_ceegu@yahoo.com UTK TUJUAN KAD AHLI.BAYARAN AKAN DIKENAKAN DI DALAM YURAN AKAN DATANG.TERIMA KASIH  
Today, there have been 14 visitors (26 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free